Bengkel Peningkatan Pelaksanaan Program Pemulihan

Tarikh: 15 Februari 2012       Hari: Rabu   Masa: 8.30 pagi- 5.00 petang

Tempat: Dewan Aura, PPD Batu Pahat

Taklimat Memperkasa Program Pemulihan telah disampaikan oleh Tuan Mejar Sazali Bin Abd Hamid, Ketua Unit Pemulihan JPN Johor

* Nama jawatan guru-   Guru Pemulihan (GPM) semua sekolah mendapat guru pemulihan samada (dga 29,dga 32, dg 41)

-  Guru Pemulihan Khas Linus : dibawah peruntukan NKRA.

Sekolah diberi waran 2 orang guru pemulihan yang  diberi tugas yang sama.  Seramai 127 guru diperuntukkan di Johor. Masih kurang 33 guru belum dilantik.   Waran Guru Pemulihan Khas (LINUS) tidak kekal. Sekolah yang telah capai, waran akan dipindahkan. Guru  Opsyen Pemulihan dipindahkan ke sekolah yang memerlukan manakala Guru Opsyen BM dan Mat boleh  ditempatkan semula sebagai guru di aliran perdana. Perubahan akan berlaku selepas bulan Mac 2012.

* Tanggungjawab Guru Pemulihan (GPM) : – Mesyuarat Pengurusan Pemulihan Kebangsaan Bil3/2010. Guru Pemulihan (GPM) akan mengajar murid tegar /Linus Tahun 1 selepas saringan 1. Jumlah murid tegar/Linus dalam setiap p&p tidak lebih 15 orang. Sebaiknya 10 orang ke bawah. GPM akan mengajar pemulihan Tahun 2,3,4,5,6 dan Tahun 1 selepas saringan 2. Waktu mengajar antara 900 min hingga 1020 min

*Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas Linus: -Mesyuarat Pengurusan Pemulihan Kebangsaan Bil 3/2010. Guru Pemulihan Khas Linus akan mengajar murid LINUS dan Tegar Tahun 1,2 dan 3. Jumlah murid LINUS/Tegar dalam setiap p&p tidak melebihi 15 orang. Sebaiknya 10 orang ke bawah. Waktu mengajar antara 900 min hingga 1020 min.

*Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas Linus boleh menjadi guru ganti hanya waktu free mengikut jadual waktu p&p

*Program Pemulihan Khas tidak boleh ditutup tanpa kebenaran Tuan Pengarah Pelajaran Johor. Surat kebenaran secara bertulis perlu diperolehi. Istilah penutupan program pemulihan khas termasuklah menjadikan guru pemulihan sebagai guru ganti

*Status Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas Linus di data emis adalah di luar norma (GPM)

*Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas Linus tidak dibenarkan mengajar di arus perdana termasuk prasekolah

*Guru Pemulihan dan Guru Pemulihan Khas Linus tidak diberikan jawatan penting seperti S/U peperiksaan, S/U sukan, guru data dan Ketua Panitia (K.P)

*Membantu mengurus saringan LINUS dan pelepasan pemulihan khas

*Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

Tahap 1-sukatan pelajaran LINUS

Tahap 2-kemahiran dalam Pemulihan Khas

Gambar diambil semasa taklimat sedang dijalankan:

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: