Lagu Mp3

Senarai Lagu Kanak-kanak Mp3

More

Mesyuarat Majlis Ko-Kurikulum Sekolah kali kedua

Tarikh: 23 Februari 2012                                Tempat: Bilik Gerakan

Masa: 12.30 pm        Pengerusi : En. Mohd Noor Bin Makpol (GPK Koko)

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi

2. Membaca dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

3. Membincangkan isu semasa

i) Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Zon

ii) Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon

iii) Pertandingan Merentas Desa 2012

iv) Perkhemahan 2012

Masalah Membaca di kalangan Murid Pemulihan Khas

Berkongsi maklumat dengan Cikgu Cam
Masalah dalam Membaca
Tidak Kenal Huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”, ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.
  More

Apa itu Ujian Saringan & Ujian Diagnostik?

UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK

Ujian Saringan (US)
Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.

 Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas.
 Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.
 Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid :
• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.
• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
• Masalah murid.
• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik
Definisi
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
More

mStar Online : Cadangan pasang CCTV di semua sekolah

mStar Online : Cadangan pasang CCTV di semua sekolah.

KUALA LUMPUR: Adakah perlu semua sekolah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) ataupun ia cuma dipasang di kawasan sekolah yang mempunyai indeks jenayah yang tinggi sahaja?

Bagaimana dengan kos pemasangan dan kualitinya?. Ini juga perlu diambil kira. Persoalannya sekarang apakah langkah keselamatan yang diambil oleh pihak sekolah selama ini belum mencukupi untuk digantikan dengan CCTV.

More

8,838 murid gagal kuasai 2M

8,838 murid gagal kuasai 2M

 Oleh Nasuha Badrul Huzaini

bhnews@bharian.com.my

Jabatan Pendidikan Pahang rangka program sesuai atasi masalah

KUANTAN: Seramai 8,838 pelajar sekolah rendah di kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini dikesan gagal menguasai kemahiran menulis dan membaca (2M) sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff, berkata daripada jumlah itu, 4,091 pelajar terdiri daripada pelajar Tahun Satu, 2,786 pelajar Tahun Dua dan 1,961 pelajar Tahun Tiga.

“Mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Pelajaran negeri, kami mendapati jumlah pelajar yang gagal menguasai kemahiran itu adalah tinggi dan pihak jabatan sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti merangka program yang bersesuaian bagi membantu mereka menguasai kemahiran 2M.
More

Di manakah silap guru?

Saya tertarik dengan satu artikel “Di manakah silap guru?”. Apa yang dikatakan En Hassan Salleh dari Kuala Terengganu adalah perkara yang tidak asing berlaku di mana-mana sekolah . Pada pendapat saya sebagai warga pendidik, kita akan cuba memberikan perkhidmatan terbaik. Apakan daya kudrat guru adalah insan yang biasa  tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab dalam maksima, kerana terdapat banyak kekangan dari segi masa, kepakaran dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, pelbagai kritikan, tohmahan dan kata-kata kurang sedap didengar, guru masih menjalankan tanggungjawab walaupun perit jerih dalam mendidik anak bangsa. Benarlah pepatah mengatakan “guru ibaratkan lilin membakar diri sendiri” kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak termasuklah ibu bapa dan masyarakat.  Dalam alaf 21, pelbagai teknologi yang ada, tidak mustahil ada juga orang yang masih buta huruf walaupun berada di negara moden dan maju seperti di US, UK dan Eropah. Ini dapat dibuktikan dengan kemampuan setiap orang berbeza-beza di antara satu sama lain. Jangan menuding jari ke arah guru dimana murid tidak dapat menguasai 3M kerana mereka dilengkapi dengan ijazah/kepakaran dalam bidang psikologi, pedagogi dan profesionalisme . Yang pasti untuk memandaikan murid  adalah tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat. Sepatutnya masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani masalah murid tidak menguasai 3M.

More

Guru perlu lebih ke hadapan kuasai ICT berbanding pelajar

Utusan Malaysia Online – Sabah & Sarawak.

SRI AMAN 18 Julai – Guru di negeri ini perlu menguasai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi serta kualiti pembelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, pengetahuan mengenai ICT di kalangan warga pendidik harus ditingkatkan dari semasa ke semasa malah selangkah ke hadapan berbanding pelajar.

Menurutnya, dengan itu para guru akan lebih mudah mendidik pelajar masing-masing dengan pelbagai ilmu terkini yang diperoleh dari Internet pada masa akan datang.

More

Blogspot Vs WordPress

Alhamdulillah, akhirnya tersiap juga Laman Web Pemulihan SK Peserai. Terlintas dalam fikiran saya ” apakah jenis tapak@platform “yang sesuai dalam pembinaan laman web Pemulihan. Yang percuma dan ramai guna adalah blogspot dan wordpress. Sebelum ini saya bergelumang dalam dunia blogspot, maka itu saya ingin menukar angin dalam percubaan pertama dalam wordpress.

Apa itu blogspot dan wordpress?

Pada pendapat saya, blogspot dan wordpress adalah tempat dimana seseorang boleh berkongsi sesuatu dalam bentuk penulisan, gambar mahupun dalam bentuk lagu. Bukan ramai blogger menggunakan blog mereka untuk memasukkan gambar atau lagu sahaja didalam entri-entri mereka.

More

Pendekatan berbeza didik anak istimewa (disleksia)

Kosmo! Online – Rencana Utama.

Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


RELAKAH anda mendengar suara-suara masyarakat mengatakan anak anda tidak cerdik atau tidak normal seperti kanak-kanak lain?

Lebih menyedihkan, guru di Taman Didik Kanak-Kanak (Tadika) dan sekolah menegur tentang kebolehan membaca serta menulis anak-anak itu yang agak ketinggalan berbanding pelajar lain sehingga membuatkan para pengajar hilang sabar.

Disebabkan kekurangan yang dihadapi kelompok kanak-kanak itu maka persepsi malas, terus melekat terhadap mereka gara-gara keengganan untuk mencuba menulis serta membaca dengan betul.

Nasihat kepada guru-guru di luar sana, jangan berharap mereka untuk mampu menulis dan membaca dengan cemerlang jika anda mengajar mereka dengan teknik sama seperti pelajar-pelajar normal lain.

More

Previous Older Entries Next Newer Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.