Artikel Menarik daripada Cikgu Haidi

Terima kasih kepada Cikgu Haidi kerana memberikan serba sedikit mengenai Strategi Pengajaran Pemulihan yang telah dijalankan di Sekolah beliau..

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu di bawah tajuk Kemahiran Menulis. Semoga paparan di bawah dapat membantu menberi anda sedikit input berguna.

Masalah Dalam Kemahiran Menulis

1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil?

  • Latih tubi menyalin ayat atau tulisan.
  • Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat.
  • Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja.
  • Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin.
  • Salin latihan ayat dalam buku garis tiga
  • Sediakan lembaran kerja tulisan.
  • Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
  • Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar.
  • Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar.
  • Permainan bahasa.
  • Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.

2. Jarak huruf tidak seragam

  • Menyalin perkataan dalam kotak.
  • Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar.
  • Menyambung titik huruf

3. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat

  • Elakkan perkataan berganda.
  • Jangan beri latihan yang terlalu panjang.
  • Kurangkan perkataan imbuhan.
  • Semak baris demi baris.

4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.

  • Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak.
  • Sambung titik.
  • Kertas surih – bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

5. Menonjolkan pembalikan huruf

  • Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang.
  • Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf
  • Menggunakan kad tebuk – sentuh dan rasa
  • Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan)
  • Latihan menulis (sambung titik)
  • Memilih dan mencari himpunan huruf.
  • Menulis huruf di pasir atau udara.
  • Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.
  • Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: