Terima Kasih Tn Hj Sarkawi melawat ke Bilik Pemulihan

Tarikh: 11/12/2012                 Hari :Sabtu

Masa: 12.20 tengah hari        Tempat: Bilik Pemulihan SK Peserai

Terima kasih kepada Tn Hj Sarkawi kerana sudi meluangkan masa datang ke Bilik Pemulihan. Dalam pertemuan yang singkat, Pn Normala (Guru Pemulihan) telah menyampaikan maklumat mengenai prestasi murid -murid pemulihan Tahap 2. Kami juga berbincang mengenai persiapan dan fail fail yang berkaitandengan pemantauan daripada Pegawai Fasilinus dan Jemaah Nazir. Tindakan susulan mengenai Program LINUS Tahun 2012 juga telah disentuh.

Tn Hj Sarkawi juga telah menyemak hasil kerja murid dan membuat beberapa ujian pengesanan ke atas beberapa murid

Gambar yang telah diambil semasa aktiviti sedang dijalankan:

Tn Hj Sarkawi sedang berbincang dengan Cikgu Normala

Tn Hj Sarkawi sedang menyemak buku latihan murid pemulihan Tahun 5

 

2 Comments (+add yours?)

  1. Hj Sarkawi bin Hj Satu
    Mar 20, 2012 @ 12:28:06

    Maaf agak lambat meninggalkan komen.

    Terlebih dahulu tahnih dan terima kasih kerana cikgu berdua berjaya membuat perubahan bilik pemulihan khas. Bilik yang ceria, kondusif dan berinformasi sudah pasti menarik minat murid-murid yang sememangnya memerlukan guru khas mengajarnya.

    Kesabaran dan kesungguhan untuk memastikan semua anak-anak menguasai asas 3M amat diharapkan. Saya tetap memberi sokongan dan galakan walaupun kini berada di sekolah lain.

    Reply

  2. Panitia Pemulihan SK Peserai
    Mar 21, 2012 @ 16:20:34

    Terima kasih Tn Hj Sarkawi sudi meninggalkan komen yang membina. Proses transformasi bilik pemulihan adalah sebahagian tugas kami dalam memantapkan pengajaran dan pengajaran yang efektif dan berkesan.

    Diharap anak-anak didik dapat menguasai kemahiran 3M sebelum menjelang tahun 2013. Insya;llah..Terima kasih sekali lagi kepada Tn Hj Sarkawi sudi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi walaupun sudah berkhidmat di sekolah lain.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: