Blogspot Vs WordPress

Alhamdulillah, akhirnya tersiap juga Laman Web Pemulihan SK Peserai. Terlintas dalam fikiran saya ” apakah jenis tapak@platform “yang sesuai dalam pembinaan laman web Pemulihan. Yang percuma dan ramai guna adalah blogspot dan wordpress. Sebelum ini saya bergelumang dalam dunia blogspot, maka itu saya ingin menukar angin dalam percubaan pertama dalam wordpress.

Apa itu blogspot dan wordpress?

Pada pendapat saya, blogspot dan wordpress adalah tempat dimana seseorang boleh berkongsi sesuatu dalam bentuk penulisan, gambar mahupun dalam bentuk lagu. Bukan ramai blogger menggunakan blog mereka untuk memasukkan gambar atau lagu sahaja didalam entri-entri mereka.

Penggunaan majoriti di antara blogspot ataupun wordpress.

Apabila kita blogwalking sahaja, sudah pasti ramai di antara kita masih menggunakan blogspot. Mengapa mereka menggunakan blogspot? Mengikut pengalaman saya selama ini, blogspot adalah platform yang terlalu senang untuk berkongsi sesuatu didalam dunia maya ini. Semua widget yang ada didalam dunia blogspot itu, sudah tersedia ada. Mereka sudah pasti mahukan benda yang lebih senang.

Pandangan saya mengenai wordpress

Setelah sekian lama menggunakan platform blogspot untuk berblogging, kini saya beralih arah pula menggunakan platform wordpress untuk berblogging. Apabila seseorang itu sudah ada niat dalam hati mereka tersendiri untuk mempunyai domain sendiri dan mempunyai blog tersendiri, sudah pasti lebih baik kita menggunakan wordpress (self-hosted). Mengapa?

Jikalau kita mempunyai domain sendiri, kita mampu menjadikan nama blog kita itu maju dengan gaya tersendiri. Jikalau kita menggunakan wordpress sendiri, kita bebas menggunakan semua kemudahan itu sendiri, tanpa dibatasi oleh apa-apa perkara.

Blogspot itu percuma. Memang benar setiap yang percuma itu sudah tentu mempunyai batasan ia tersendiri. Ramai diantara rakan-rakan saya bertanya mengapa berpindah platform? Inilah jawapannya. Pernah tidak anda mendengar bahawa blog seseorang itu di delete? Mungkin pernah didengari. Mungkin tidak. Sepanjang saya menggunakan blogspot dan mempunyai beberapa blog yang menggunakan platform tersebut, ada salah satu blog saya telah di delete oleh pihak atasan blogspot. Alasan mereka, blog saya itu mempunyai banyak spam. Jikalau entri ada 10 sahaja, peduli apa. Ini entri didalam blog saya itu sudah lebih dari 100. Berasa sedih juga.

Kini saya sudah berhosting sendiri. Maka saya bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa takut blog saya ini didelete oleh pihak-pihak lain.

Saya sukakan perubahan. Jikalau anda sukakan perubahan didalam blog anda itu, contohnya background dan header, pada saya lebih baik anda menggunakan blogspot sahaja. Pada pandangan saya, blogspot itu adalah untuk pengguna-pengguna blog yang sukakan warna-warni. Manakala wordpress itu adalah untuk pengguna yang fokus terhadap gaya penulisan mereka. Tetapi, ia bukanlah untuk semua blogger.

Saiz blog. Jika kita buat perbandingan diantara blogspot dan wordpress, sudah pasti kita dapat mengetahui bahawa wordpress adalah blog yang paling ringan sekali. Penggunaan plugin didalam sesebuah wordpress itu adalah kehendak dari seseorang blogger itu. Kita boleh install dan uninstall semula plugin tersebut, jikalau ia tidak berguna. Tidak perlu berpusing-pusing ditempat lain untuk mencari script. Tetapi kita hanya perlu tahu nama plugin sahaja untuk digunakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: