Guru perlu lebih ke hadapan kuasai ICT berbanding pelajar

Utusan Malaysia Online – Sabah & Sarawak.

SRI AMAN 18 Julai – Guru di negeri ini perlu menguasai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi serta kualiti pembelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, pengetahuan mengenai ICT di kalangan warga pendidik harus ditingkatkan dari semasa ke semasa malah selangkah ke hadapan berbanding pelajar.

Menurutnya, dengan itu para guru akan lebih mudah mendidik pelajar masing-masing dengan pelbagai ilmu terkini yang diperoleh dari Internet pada masa akan datang.

”Teknologi ICT sekiranya digunakan dengan betul akan dapat mewujudkan golongan modal insan berkualiti kelas pertama dalam memacu pembangunan negeri ini menjelang tahun 2020 kelak,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jasamu Dikenang bersempena dengan Sambutan Hari Guru Daerah Sri Aman anjuran DUN Lingga bersama Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Simoi berkata, Kementerian Pelajaran adalah merupakan nadi kepada pembangunan modal insan di negara ini.

Katanya, kementerian terbabit telah banyak menyumbang peranan penting terhadap aspek pembangunan negara dengan memberikan pendidikan secara holistik yang sewajarnya kepada semua penduduk.

”Memandangkan cabaran dalam bidang pendidikan adalah besar maka wajarlah bagi semua pihak khasnya warga pendidik untuk bersikap seperti aur dengan tebing ketika melaksanakan tugas masing-masing.

”Ini kerana, tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak akan menyebabkan kita sukar untuk melahirkan modal insan yang cemerlang serta berkualiti pada masa akan datang,” ujarnya.

Pada majlis yang sama Simoi telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Tabung Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman manakala RM5,000 lagi kepada Pesta Persatuan Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Sri Aman.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman yang juga bekas guru, Mostapa Salleh telah diumumkan sebagai Tokoh Guru Sri Aman 2010 yang membolehkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM500.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: