Masalah Membaca di kalangan Murid Pemulihan Khas

Berkongsi maklumat dengan Cikgu Cam
Masalah dalam Membaca
Tidak Kenal Huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”, ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.
 
Meninggalkan Perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
Tidak Memahami Apa yang dibaca
i)             Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.
ii)            Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu” yang bermaksud melarang seseorang  daripada memanjat  pokok.
iii)           Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.
iv)           Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.
v)            Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
vi)           Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.
vii)         Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf,  peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.
Teragak-agak
Teragak-agak (hesitation) – teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya.
Salah Sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut:
a)      membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b)    bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak  lancar,
c)         membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e)         membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f)          menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g)         tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,
mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,
h)        Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i)          kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j)          cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k)         tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.
Lemah Daya Ingatan
Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin  disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a.         Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b.         Gagal mengenal pasti objek
c.         Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d.         Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e.         Hilang kemampuan jasmani
f.          Tidak mengendahkan kebersihan diri
g.         Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan
 Menambah Perkataan
Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’ disebut ’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya.
Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
Mengeja Semasa Membaca
a.         Teragak-agak semasa membaca
            b.         Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c.         Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan
            kurang yakin salah atau betul.
            d.         Kemajuan pembacaan yang lemah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: