Perkara Menarik Mengenai WordPress

WordPress adalah salah satu platform untuk berblog yang paling popular di dunia dan ramai yang mengakui wordpress adalah platform yang terbaik diantara semua platform dan ini diakui sendiri oleh panduanblog. WordPress ni terbahagi kepada dua iaitu wordpress.com dan wordpress.org. WordPress.com adalah platform berblog percuma yang disediakan oleh pihak wordpress bagi mereka yang berminat berblog dengan menggunakan servis wordpress (sama seperti blogger) tetapi terhad pada bahagian-bahagian tertentu dan manakala wordpress.org adalah platform blog bagi mereka yang mempunyai domain dan hosting (self host) dimana mereka yang ada domain dan hosting ni boleh memasang platform wordpress ke dalam domain mereka secara manual dengan memuat turun dari laman wordpress dan dapat menggunakan sepenuhnya fungsi wordpress.

Perbezaan WordPress.com dan WordPress.org

WordPress.com adalah perkhidmatan untuk berblog percuma seperti yang disediakan oleh blogger/blogspot dan ramai yang tersalah anggap wordpress percuma ini meliputi keseluruhan wordpress dan tidak menyukai penggunaannya. Untuk pengetahuan anda, wordpress.com terhad pada penggunaannya dimana pengguna platform percuma ini anda tidak dibenarkan untuk menggunakan keseluruhan fungsi yang ada pada wordpress seperti rekabentuk tema blog, pemasangan plugin dan membuat dan mengubah tetapan. Selain itu juga mereka yang berdaftar di bawah wordpress.com akan menggunakan domain wordpress.com dimana setiap blog yang dibuat pasti mempunyai awalan domain wordpress.com pada alamat. Contohnya http://www.iniblogsaya.wordpress.com seperti juga blogger.

Berlainan pula dengan wordpress.org dimana pengguna platform ini perlu memuat turun fail yang disediakan oleh pihak wordpress dan memuat naikkan fail wordpress ini ke dalam hosting milik sendiri dan boleh menggunakan keseluruhan fungsi wordpress. Pengguna perlulah mempunyai domain dan hosting sendiri yang dibeli dari syarikat yang menawarkan perkhidmatan hosting dan domain. Ramai pengguna dan blog popular menggunakan platform blog ini untuk membina blog dan laman web kerana sentiasa dikemas kini dan mempunyai banyak kelebihan berbanding platform blog lain.

Apa Yang Membezakan WordPress Dengan Platform Blog Lain?

wordpress

WordPress memberikan pengalaman kepada penggunannya memasang dan membuat blog dengan menggunakan platfrom ini secara persendirian atau manual dimana pengguna bebas melakukan apa jua pada blog mereka dengan memasang tema (theme) yang bersesuaian dengan blog, memasang pemalam (plugin) yang dapat membantu sistem blog dan pelbagai lagi.

Memang agak susah bagi mereka yang tak biasa dengan wordpress ni untuk memasang wordpress tetapi pada mereka yang sudah pun mengendalikan wordpress ni pasti akan jatuh cinta dengan wordpress kerana keunikkan dan kelebihan yang ada padanya berbanding platform blog lain.

Untuk pengetahuan anda juga platform wordpress sentiasa dikemaskini dan pengguna boleh mengemaskankinikan platfrom mereka jika terdapat update dan biasanya update ni memberikan prestasi blog yang lebih baik berbanding dengan platform blog lain. Selain itu juga banyak plugin yang berguna yang boleh dimasukkan ke dalam blog wordpress hanya dengan pemasangan dan pengendalian yang amat mudah. WordPress juga didatangkan dengan pelbagai bahasa untuk memudahkan pengguna menggunakan wordpress dengan bahasa yang mereka fasih dan terdapat juga wordpress berbahasa melayu.

Susah Ke WordPress Ni?

Memang agak susah menggunakan wordpress ni bagi mereka yang tak tahu menggunakannya dan mereka yang baru mengenali wordpress dimana anda perlu memahami dulu setiap fungsi tetapan (option) yang terdapat di dalam wordpress. Selain itu juga anda juga boleh memuat turun tema-tema percuma dari laman web yang menyediakan muat turun tema percuma dan dipasangkan ke dalam blog abda dan juga boleh diubah tema tersebut dengan memasukkan pelbagai grafik, kod, pengiklanan dan sebagainya dengan sedikit pengetahun HTML, CSS dan PHP.

Mungkin ada yang anggap wordpress ni susah kerana perlu bermain dengan HTML, CSS dan PHP tetapi percayalah sekiranya anda mahir atau ada pengetahuan sedikit mengenai 3 perkara ni pasti anda akan menyukai wordpress kerana apa yang ada pada wordpress tidak ada pada platform blog yang lain.

Bagus Ke WordPress Ni?

Kehebatan platform wordpress ni telah diakui ramai antaranya adalah panduan blog sendiri kerana kelebihan yang ada padanya tidak dapat ditandingi oleh platform blog lain. Banyak laman web yang popular yang menggunakan platform wordpress ni untuk laman web mereka dan ianya tidak hanya terhad untuk berblog sahaja dimana kini wordpress boleh dijadikan sebagai laman web syarikat, portfolio, photo gallery, web magazine, web hosting dan sebagainya. Antara laman-laman web popular yang menggunakan platform wordpress adalah Nufffnang, Ebay, Yahoo!, Digg, Samsung , Mozilla Firefox, Download.com, PSD Tuts+, CSS Mania dan banyak lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: