Perpindahan Tn Hj Sarkawi ke SK Penghulu Salleh

Perpindahan Tn Hj Sarkawi telah sedia maklum di dalam laman web portal SK Peserai. Kami, guru-guru pemulihan SK Peserai ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam menjalani tugas sebagai Guru Besar di SK Penghulu Salleh. Ketiadaan Tn Hj Sarkawi tiada tolok bandingnya dari segi kepimpinan, ketegasan dan kepakaran beliau di dalam bidang ICT. Harapan kami, semoga SK Penghulu Salleh akan terus maju di bawah pimpinan Tn Hj Sarkawi.

Kami tidak lupa mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru SK Peserai iaitu Tn Hj Md Khirom Bin Abd Rahman. Semoga Tn Hj Md Khirom dapat menjalani tugas sebagai pentadbir yang utama dalam mempertingkatkan prestasi akademik dan ko-kurikulum dalam daerah Batu Pahat dan juga negeri Johor.

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun dalam akhiri ucapan ini.

1) Benang merah menyulam jata,

Benang azimat di dalam peti,

Kita berpisah dipandangan mata,

Budi tersemat di dalam hati.

2) Resah hati diperalat tuan,

Terduga rasa dalam gelora,

Berpisah jadi adat pertemuan,

Semoga sentiasa dalam sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: