Asas Suku Kata Kv

Artikel ini diambil daripada gurukah aku??

ASAS SUKU KATA KV

Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.

Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV.

Andaikan dalam kelas ada lima orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru sekurang-kurangnya mesti ada bahan bantu mengajar yang berikut :

  •     kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
  •     lembaran kerja suku kata bergambar
  •     kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4
  •     kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
  •     kad permainan – puzzle suku kata

Sebelum mengajar :

  •     Pastikan murid sudah bersedia.
  •     Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
  •     Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar :

  •     mulakan dengan konsonan ‘b’ + vokal ‘a’ – contoh ‘ba’, ‘ca’, ‘da’, ‘fa’, ‘ga’, ‘ha’ dan seterusnya.
  •     guru tunjuk dan sebut – murid ikut.
  •     lakukan latihan ini secara berulang.
  •     Vokal ‘a’ mudah dikuasai oleh murid. Setelah mahir, tukarkan huruf vokal ‘a’ kepada vokal ‘i’, ‘o’, ‘u’ dan ‘e’.
  •     vokal ‘e’ perlu diajar pada akhir sekali kerana ‘e’ mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’.
  •     Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar ‘GAJAH’ dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah ‘ga’.

Selepas mengajar :

  •     buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir
  •     uji murid secara rawak
  •     edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid
  •     beri murid permainan puzzle cantum suku kata.

Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.

2 Comments (+add yours?)

  1. Hj Sarkawi bin Hj Satu
    Mar 20, 2012 @ 12:14:10

    Assalammualaikum Cikgu Maria / Cikgu Normala,

    Tahniah kerana kerap membuat penulisan berkaitan sekolah terutama “dunia pemulihan khas/linus”. InyaAllah saya (ramai lagi) memerhati dan membaca.

    Banyak yang saya pelajari dari sumber internet. Teruskan kerana niat yang betul pasti menerima ganjaranNYA.

    Reply

  2. Panitia Pemulihan SK Peserai
    Mar 21, 2012 @ 16:11:04

    Terima kasih Tn Hj Sarkawi di atas nasihat, sokongan dan dorongan kepada kami. Dengan melibatkan diri dalam dunia blogger, secara tidak langsung dapat menyampaikan maklumat dan info terkini dalam proses perkongsian ilmu. Semoga dunia luar dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam dunia pendidikan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: