Dasar Kualiti

DASAR KUALITI

Sekolah Kebangsaan Peserai komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

Bagi memastikan tujuan ini, Dasar Kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan. Dasar Kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota Sekolah Kebangsaan Peserai melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati

OBJEKTIF KUALITI

Objektif Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) adalah

a.        Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-parkara yang di luar kawalan Sekolah Kebangsaan Peserai.

b.        Memastikan pencapaian murid setiap sekolah menengah negeri Johor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3 % dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun / UPSR.

c.         Memastikan 100 % murid sekolah rendah negeri Johor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.

d.      100 % aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.

e.      Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.

OBJEKTIF SEKOLAH
Menempatkan Sekolah Kebangsaan Peserai ke tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan penduduk-penduduk tempatan khasnya, masyarakat di Batu Pahat amnya melalaui kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam:
  1. Pencapaian keputusan peperiksaan UPSR yang membanggakan di Johor.
  2. Mengamalkan nilai-nilai dan sikap yang lebih positif dan terpuji dalam bidang pembelajaran.
  3. Menjadi johan dalam semua acara di bidang kokurikulum yang disertai.
  4. Amalan disiplin yang tinggi dan tiada kes ponteng sekolah.
  5. Melahirkan pelajar yang celik 3M setelah menamatkan sekolah rendah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: